Ferdinand Magellan
Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan (/məˈɡɛlən/[1] atau /məˈdʒɛlən/;[2] Bahasa Portugis: Fernão de Magalhães, IPA: [fɨɾˈnɐ̃w ðɨ mɐɣɐˈʎɐ̃jʃ]; Sepanyol: Fernando de Magallanes, Sebutan Sepanyol: [ferˈnando ðe maɣaˈʎanes]; kk. 1480 – 27 April 1521) adalah seorang penjelajah Portugis yang menganjurkan ekspedisi Sepanyol ke Hindia Timur dari tahun 1519 hingga 1522, menjadikannya yang pertama mengelilingi Bumi.Dilahirkan dalam sebuah keluarga Portugis kaya pada sekitar 1480, Magellan menjadi seorang pelaut mahir dan pegawai tentera laut dan akhirnya dipilih oleh Raja Charles I dari Sepanyol untuk mencari laluan ke arah barat ke Kepulauan Maluku ("Kepulauan Rempah"). Memerintahkan satu angkatan dengan lima buah kapal, dia menuju ke selatan melalui Lautan Atlantik ke Patagonia, melalui Selat Magellan memasuki perairan yang dinamakannya "laut aman" (Lautan Pasifik moden). Walaupun siri ribut dan pemberontakan, ekspedisi itu sampai ke Kepulauan Rempah pada tahun 1521 dan pulang melalui Lautan Hindi untuk melengkapkan pusingan pertama dunia. Magellan tidak melengkapkan keseluruhan pelayaran ini, kerana dia telah terbunuh di dalam Pertempuran Mactan di Filipina pada tahun 1521.Penguin Magellanik dinamakan sempena nama beliau, kerana dia adalah orang Eropah pertama memerhatikannya.[3] Kemahiran pelayaran Magellan juga telah diakui dalam penamaan objek yang berkaitan dengan bintang-bintang, termasuk Awan Magellan, yang kini dikenali sebagai dua galaksi kerdil berdekatan; kawah bulan berkembar Magelhaens dan Magelhaens A; dan kawah Marikh Magelhaens.[4]

Ferdinand Magellan

Terkenal kerana Yang pertama mengelilingi Bumi, dari Eropah ke Timur, dan Barat; bagi ekspedisi pertama dari Eropah ke Asia oleh Barat; dan mengetuai ekspedisi pertama merentasi Lautan Atlantik ke Selat Magellan dan merentasi Lautan Pasifik
Warganegara Portugis
Meninggal dunia Mac 04 1521 (berumur 40–41)
Kerajaan Mactan
(sekarang Lapu-Lapu City, Filipina)
Kelahiran Fernão de Magalhães
1480
Sabrosa, Trás-os-Montes e Alto Douro, Portugal

Rujukan

WikiPedia: Ferdinand Magellan http://www.cosmopolis.ch/english/cosmo33/history_c... http://www.bookreporter.com/reviews/0066211735.asp http://www.britannica.com/eb/article-9049979/Ferdi... http://www.collinsdictionary.com/dictionary/englis... http://www.globaltwitcher.com/artspec_information.... http://books.google.com/books?id=YEzOHAAACAAJ http://books.google.com/books?id=ZG7ZMAbv_jAC~post... http://books.google.com/books?id=kKoWqdtWZE8C&lpg=... http://books.google.com/books?id=tLoWg9mMh04C&lpg=... //scholar.google.com/scholar?q=%22Ferdinand+Magell...